Page 3 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 3
WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
No Rujukan : PWUBPJ/2021/017
Tarikh : 02 Disember 2021
PENGERUSI TETAP WANITA UMNO BAHAGIAN
TIMB. PENGERUSI TETAP WANITA UMNO BAHAGIAN
JAWATANKUASA WANITA UMNO BAHAGIAN
KETUA WANITA UMNO CAWANGAN
PARA PERWAKILAN
YBhg Datuk/Dato’/Datin/Puan,
PEMAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING
JAYA TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Setiausaha Agung UMNO/R/SUA/2/Jld.2/44
bertarikh 30 November 2021.
2. Makluman, Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan
Pergerakan Puteri akan diadakan serentak diseluruh Negara pada 11- 12 Disember 2021. Justeru itu, bagi
mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kehadiran perwakilan WAJIB kepada Ketua Wanita
Cawangan dan Naib Ketua Wanita Cawangan atau Setiausaha Cawangan Sahaja.
3. Sehubungan dengan itu, bersesuaian dengan Fasal 14.1 Perlembagaan UMNO, Peraturan Wanita
UMNO, maka Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 11 Disember 2021 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Kelana, Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya
4. Oleh yang demikian, bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Wanita UMNO Bahagian
Petaling Jaya, kehadiran YBhg Datuk/Dato’/Datin/Puan amatlah dihargai demi perjuangan parti serta
kepentingan Agama, bangsa dan Negara.
Sekian terima kasih.
“BERSATU, BERSEDIA DAN BERKHIDMAT”
Saya Yang Menjalankan Tugas,
Rusnani binti Abdul Rahman
Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
s.k: 1. Setiausaha UMNO Bahagian Petaling Jaya
2. Setiausaha Wanita UMNO Negeri Selangor
No. 13A, Jalan MJ/9, Medan Maju Jaya, Batu 7, Jalan Kelang Lama, 46000 Petaling Jaya Tel : 6011-55011763
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
3

