Page 4 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 4
MENGANGKAT MARTABAT WANITA
PRAKATA SEMPENA
MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO
BAHAGIAN-BAHAGIAN
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan segala puji dan
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan kehendakNya
jua, maka kita diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan membela nusa
dan bangsa. Berasaskan pegangan agama yang teguh, berbekalkan iltizam
menjiwai semangat anak bangsa, meneruskan perjuangan diwarisi, Allah
mengizinkan Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara meneruskan
mesyuarat untuk tahun ini.
Mudah-mudahan, kehadiran pada Mesyuarat kali ini, akan menyuburkan
kesedaran, membangkitkan semangat juang, dan menyemarakkan kegigihan
kita untuk meneruskan perjuangan suci dalam parti keramat ini.
Realitinya, UMNO adalah wadah perjuangan kita. UMNO juga parti pembela
rakyat, mengangkat martabat wanita, sekaligus menjulang agama dan bangsa.
Sebagai tulang belakang parti, wanita UMNO mestilah bergerak sepasukan,
berperanan penting menjadi benteng pertahanan kental dalam memastikan
UMNO kembali utuh, untuk terus mara ke hadapan serta kekal relevan sampai
bila-bila.
Setinggi terima kasih kepada yang setia bersama dengan UMNO. Kita kukuhkan
parti, kita bersatu, bersetia dan berkhidmat demi perjuangan. Kebangkitan parti
keramat ini bermula dengan komitmen iltizam para wanitanya di akar umbi, baik
di cawangan, bahagian mahupun negeri.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
4

