Page 5 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 5
Sesungguhnya, demi kelangsungan masa depan bangsa, wanita UMNO
mempunyai tanggungjawab besar untuk meningkatkan keberkesanan program-
program yang memberi impak kepada masyarakat, khususnya melalui Jalinan
Rakyat (JR) yang menjadi platform utama sebagai persediaan menghadapi
Pilihanraya Umum Ke-15. JR memerlukan perancangan strategik yang rapi lagi
menyeluruh seiring dengan perubahan landskap politik negara.
Lebih utama, wanita UMNO sangat istimewa dan luar biasa. Maka semangat
dan gerak kerjanya juga perlu gigih usahanya di luar kelaziman. Mesyuarat
Perwakilan Wanita UMNO Bahagian bukan sekadar perlu berfikir dan
membahaskan apakah tawaran baharu untuk wanita UMNO, bahkan apa yang
terbaik untuk wanita Keluarga Malaysia secara keseluruhannya.
Simpulan kalam, selamat bersidang diucapkan kepada seluruh ahli-ahli dan
perwakilanperwakilan UMNO. Jadikan persidangan ini sebagai pentas untuk kita
merapatkan saf, membaharui tekad dan semangat perjuangan dalam
mengangkat memartabat wanita, demi ABATA yakni Agama, Bangsa dan
Tanahair. Mustahaknya, arahan SOP mesyuarat dipatuhi, penularan pandemik
COVID-19 diperangi.
Lantas sematkan di hati sanubari masing-masing bahawa, anda semua wanita-
wanita luar biasa, ibu perjuangan parti, penggerak bahagian, pembela pertiwi,
dengan nawaitu ikhlas menghampar bakti, mencurah budi serentak
menggenggam janji, seraya menyahut semboyan menuju kemenangan.
Selamat bermesyuarat, semoga perjuangan wanita UMNO dimartabat!
Sekian, Terima Kasih
DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Ketua Wanita UMNO Malaysia
7.11. 2021
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
5

