Page 6 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 6

WANITA NORMA BAHARU
                                        PRAKATA SEMPENA MESYUARAT WANITA UMNO
                                           BAHAGIAN-BAHAGIAN NEGERI SELANGOR







              Alhamdulillah, Kali ini kita berkumpul untuk tahun yang lebih mencabar. Menguji bukan sekadar keberadaan
              kita di dalam parti, malah kesetiaan kita untuk terus memegang obor keramat ini untuk Agama, Bangsa dan
              Negara.


              Di saat ombak politik yang tidak menentu, tapi badainya tidak sesekali pernah menenggelamkan bahtera kita.
              Sejujurnya saya merasa bangga kerana setiap dari kita walaupun diasak dengan segala bentuk ujian,
              tohmahan, fitnah, malah godaan untuk kita tinggalkan parti, namun kita masih bersatu, bersetia dan
              berkhidmat. Sayang dan kasih kita bukan untuk di pajak gadaikan.

              Kemenangan BN dalam PRN Melaka baru-baru ini harus menjadi petanda, bahawa rakyat bukan sekadar
              mahukan BN semata-mata sebaliknya mereka mahukan sebuah kerajaan yang mendahulukan kestabilan demi
              kemakmuran serta membina rasa selamat dan bahagia untuk rakyat. Justeru, amanah ini akan kekal di puncak
              dan kita harus kekal fokus dalam memberi khidmat bakti yang setara dengan rasa percaya rakyat pada kita.


              Hari ini, ibu terbaik bangsa kembali berhimpun dalam suasana baharu. Baharu dalam aspek kesihatan juga
              mahupun baharu dalam landskap politik. Cuma yang kekal ‘lama’ dan segar adalah semangat kita untuk turun
              berkhidmat pada rakyat. Jadikan gelanggang mesyuarat ini sebagai wadah berhemah untuk kita membina
              penyatuan melalui perkongsian pandangan, pendapat, kritikan membina serta berusaha memperkasakan
              jentera wanita sebagaimana kuatnya kita sebagai tulang belakang parti.

              Berdiri dan teruslah berkhidmat dengan jiwa yang besar. Kita hanya akan bisa menjadi segerombolan ‘tentera
              politik’ yang perkasa, kalau hati kita bersatu dan bersetia berjuang. Wanita luar biasa, teruskanlah khidmat
              bakti kalian. Usah diperhitung apa pun ganjaran dan balasan. Tiap dari keringat ikhlas kita terhitung di sana
              oleh yang Maha Perkasa.


              Percayalah, selagi kita di jalan ini, Allah akan sentiasa ada merahmati kita. Berjuanglah.
                                                      Selamat bersidang


                                              Yb Datuk Hjh Rosni binti Sohar



                                                    Ketua Wanita Selangor
                                                          03.12.2021


                                                Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021

                                                                                                            6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11