Page 2 - MESYUARAT PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2021
P. 2

KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMK TAMAN FOREST HEIGHTS








            Bismillahirrahmanirrahim,
            Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya,Mesyuarat

            Agung kali ke-15 dan Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan STPM 2020 dapat diadakan
            dengan jayanya.
                          Tahniah kepada pihak sekolah kerana melaksanakan majlis ini dengan

            jayanya. Kita amat berharap agar majlis ini mampu meningkatkan semangat
            pelajar dan seterusnya berupaya untuk menyaksikan perubahan sikap pelajar

            yang lebih positif , dinamik untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
            bidang akademik terutama dalam peperiksaan awam SPM dan STPM
                          Syabas dan tahniah kepada anak-anak yang berjaya. Semoga kejayaan

            pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. PIBG komited
            untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan program-program yang mampu

            meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin pelajar, sama ada dari aliran
            perdana, mahupun       pelajar-pelajar    Tingkatan     Enam. Kami akan sentiasa
            menggembleng tenaga dan berusaha untuk membantu pihak sekolah untuk

            menyediakan segala kemudahan dan prasarana yang diperlukan.
                          Akhir kata saya berharap PIBG, ibu bapa, guru-guru dan pelajar-

            pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan
            seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi
            yang berwawasan. Semoga anak-anak SMK Taman Forest Heights akan terus

            menerajui kecemerlangan.



            Sekian, terima kasih.





                                                               Haji Muhamad Raimi Bin Md Raihan
                                                                              Yang DiPertua PIBG
   1   2   3   4   5   6   7