Page 4 - MESYUARAT PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2021
P. 4
Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik berbanding pencapaian tahun-tahun
sebelumnya. Jumlah calon SPM tahun 2020 adalah seramai 73 orang dan seramai 12
orang daripada jumlah keseluruhan tersebut telah tersenarai sebagai pelajar terbaik
SPM bagi tahun 2020.
Berdasarkan data keputusan STPM tahun 2020 pula, Pusat Tingkatan Enam SMK
Taman Forest Heights telah berjaya menyenaraikan 83 orang pelajar yang
memperoleh PNGK 3.0 hingga 4.0. Daripada jumlah tersebut, seramai 2 orang pelajar
telah memperoleh PNGK 4.0 (4 flat). Hampir 80 % pelajar STPM 2020 juga telah
ditawarkan untuk melanjutkan pengajian masing-masing ke peringkat ijazah di
universiti-universiti tempatan.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program
kita pada petang ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari
ini walaupun secara dalam talian. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pelajar yang diraikan pada hari ini dan tahniah juga kepada semua pelajar yang
telah berjaya dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2020. Sesungguhnya,
penglibatan ibu bapa, komitmen guru dan kesungguhan pelajar, sudah pasti akan
membuahkan hasil yang cukup cemerlang.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam hormat.
Haji Norfaimi Bin Mohamad Nor
Pengetua SMK Taman Forest Heights

