Page 3 - MESYUARAT PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2021
P. 3

KATA ALU-ALUAN TUAN PENGETUA SMK TAMAN FOREST HEIGHTS










           Bismillahirrahmanirrahim,



           Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.



           Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan dan keizinan-Nya kita dapat
           berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG ke-15 dan Majlis Anugerah

           Cemerlang SPM dan STPM bagi tahun 2020 SMK Taman Forest Heights. Pada
           kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
           Berusaha Tn Haji Norazam bin Nayan, ANS, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban

           atas kesudian tuan meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan Mesyuarat
           Agung PIBG ke-15 dan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taman Forest Heights bagi

           tahun 2021. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YDP PIBG yang sentiasa
           memberi sokongan padu kepada pihak sekolah dalam merealisasikan satu lagi
           program sekolah pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK PIBG,

           para ibu bapa dan para guru atas komitmen yang padu bagi memastikan program
           pada hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

           Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan
           kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun
           dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha

           guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga
           menggambarkan bahawa cabaran wabak pandemik bukan menghalang anak-anak

           untuk belajar dan mencapai kejayaan sama ada dalam peperiksaan SPM ataupun
           STPM. Walaupun jadual peperiksaan telah ditunda beberapa kali sehinggalah
           akhirnya para pelajar SPM dan STPM berjaya menduduki peperiksaan pada sekitar

           Mac 2021 dan keputusan yang cemerlang telah diumumkan pada Jun 2021.
           Berdasarkan data keputusan SPM tahun 2020, peratus kelulusan SPM adalah

           sebanyak 86.11 % dengan gred purata sekolah adalah 5.71 berbanding tahun 2019,
           GPS sekolah adalah sebanyak 5.81 dengan peratus kelulusan adalah 81.25%.
   1   2   3   4   5   6   7   8