Page 5 - MESYUARAT PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2021
P. 5

KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN










           Bismillahirrahmanirrahim,
           Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



           Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayah-Nya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15

           dan Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan STPM tahun 2020 dapat dijalankan dengan
           jayanya. Syabas dan tahniah kepada Tn. Hj. Norfaimi bin Mohamad Nor, pengetua SMK
           Taman Forest Heights, barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan para

           pelajar kerana telah berjaya merealisasikan kedua-dua majlis ini.
           Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas sekali

           lagi kepada seluruh warga SMK Taman Forest Heights kerana telah melakar banyak
           kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tahniah juga kepada barisan AJK
           PIBG yang dipimpin oleh Tn. Haji Muhamad Raimi Bin Md. Raihan. Saya mewakili Pejabat

           Pendidikan Daerah Seremban akan sentiasa memberikan sokongan yang padu
           terhadap segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi melahirkan golongan

           pelajar yang cemerlang dan berupaya mendepani cabaran pada masa hadapan.
           Tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berjaya menerima anugerah pada
           hari ini. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan seperti masalah

           capaian Internet dan motivasi diri, guru-guru dan pelajar-pelajar berjaya mengatasi
           masalah ini. Buktinya kita boleh saksikan pada hari ini apabila pelajar-pelajar yang

           berhadapan dengan norma baharu ini tetap berjaya mencapai keputusan yang
           cemerlang dan peperiksaan SPM dan STPM pada tahun 2020. Teruskanlah usaha ke
           arah kecemerlangan ini sampai bila-bila. Kejayaan ini tidak seharusnya melekakan,

           sebaliknya kita terus meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk
           melangkaui sempadan kecemerlangan.



           Sekian, terima kasih.



                                                           Tuan Haji Norazam Bin Haji Nayan, ANS
                                                           Pegawai Pendidikan Daerah Seremban
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10