Page 178 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 178
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
1. Buku Rekod Mengajar adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.
2. Buku Rekod Mengajar perlu disediakan dalam 2 bentuk iaitu e-BRM (secara online) dan juga ‘hard copy’
BRM.
3. Maklumat-maklumat dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah dikemaskinikan dari semasa ke semasa yang
meliputi :
Butiran diri
Jadual waktu persendirian/kelas
Sukatan pelajaran yang disahkan
Rancangan pelajaran tahunan, dan harian.
Markah pentaksiran kurikulum / peperiksaan
Senarai nama pelajar mengikut tingkatan yang diajar
Headcount pelajar
Bahan edaran mesyuarat pengurusan/pengetua
Maklumat lain yang perlu.
Seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa
4. Buku Rekod Mengajar mesti dihantar ke pejabat sekolah untuk penyeliaan pengetua/wakilnya pada setiap
hari khamis sebelum/pada 2.30 petang.
5. Buku Rekod Mengajar akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaran-pembelajaran di bilik
darjah.
6. Buku Rekod Mengajar wajib diserahkan kepada pengetua/wakilnya pada hari terakhir persekolahan untuk
tujuan rekod, simpanan dan pemantauan ( jika ada ).
WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan jadual waktu.
2. Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar seperti makmal sains mengikut jadual
waktu yang ditetapkan.
3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar,
berbual di telefon bimbit dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pembelajaran.
4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil oleh
Pengetua.
5. Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua pelajar sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran di kelas.
6. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar tidak keluar dari kelas semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan kecuali atas sebab-sebab yang penting.
7. Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab guru.
8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan
dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan pelajar. (Rujuk Pekeliling Per. 3/1981)
9. Siren akan berbunyi mengikut waktu yang ditetapkan.
MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR.
1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi
memastikan pelajar membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan
segera
2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau
komen.
3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan yang dlakukan dan
hendaklah disemak oleh guru.
4. Guru tidak dibenarkan menyuruh pelajar menghantar buku untuk tujuan semakan pada waktu P&P . Minta
pelajar menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan.
123

