Page 180 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 180

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017

               PENDAFTARAN KEMASUKAN / PERTUKARAN PELAJAR
               1.  Pendaftaran Kemasukan.
                   Guru kelas bertanggungjawab:
                    Merekodkan kemasukan dan semua butiran pelajar dalam Buku Pendaftaran Sekolah (Buku Besar) dan
                     Register kelas.
                    Menyemak semua dokumen pelajar dan maklumat yuran disertakan dari sekolah asal. Kemukakan surat
                     kepada  pengetua  sekolah  asal  melalui  pengetua  sekolah  jika  dokumen  dan  maklumat-maklumat
                     diperlukan tidak disertakan / tidak lengkap.
                    Guru kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan jika pelajar berada di tingkatan 3 , 5 dan 6 Atas.
                     Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan PMR / SPM / STPM untuk tindakan selanjutnya.
               2.  Pendaftaran Pertukaran
                  Guru kelas bertanggungjawab memastikan bahawa:
                    Pengesahan  pertukaran  hanya  diterima  atas  permintaan  ibu  bapa  /  penjaga  yang  datang  sendiri
                     membuat permohonan ke sekolah.
                    Guru kelas hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen-dokumen pelajar, maklumat bayaran
                     tambahan dan maklumat peperiksaan .
                    Guru kelas hendaklah memastikan semua buku teks dipulangkan atau kehilangan / kerosakan buku teks
                     diganti sebelum menyerahkan perkara b) di atas.
                    Guru  kelas  hendaklah  memaklumkan  perihal  pertukaran  pelajar  kepada  Setiausaha  Peperiksaan  dan
                     guru SPBT bagi diambil tindak ikut selanjutnya jka terdapat perkara-perkara yang belum selesai.
               3.  Melaksanakan  arahan  pengetua  /  wakilnya  dari  semasa  ke  semasa  berhubung    kemasukan  pertukaran
                  pelajar.
               4.  Semasa  borang  pemohonan  pertukaran  dan  kemasukan  pelajar  mesti  disahkan  /  di    tandatangani  oleh
                  Pengetua.

               PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
               1.  Guru  bertanggungjawab  menjaga  alatan  atau  harta  benda  sekolah  dan  menggunakannya  dengan  betul
                  mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah.
               2.  Penggunaan/pinjaman alatan/harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru
                  penjaganya dan pinjaman/penggunaan/pulangan hendaklah direkodkan.
               3.  Alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/diguna hendaklah dipulangkan dengan segera.
               4.  Guru  mesti  memaklum  dan  mengganti/membaiki  kerosakan  alatan/harta  benda  sekolah  yang
                  dipinjam/digunakan.
               5.  Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan/harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi.

               BILIK DARJAH / KELAS
               1.  Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria
                  dengan kerusi meja pelajar tersusun rapi.
               2.  Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan lampu dan kipas dimatikan , kelas dalam keadaan bersih
                  dan pintu bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan.

               KEHADIRAN ORANG LUAR BERJUMPA GURU
               1.  Orang  luar  termasuk  jurujual  tidak  dibenarkan  berjumpa  guru  dan  pelajar  tanpa  mendapat  kebenaran
                  Pengetua.
               2.  Guru  hendaklah  mengarahkan  orang  luar  yang  hendak  berjumpa guru  atau pelajar  mendapat  kebenaran
                  Pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi.
               3.  Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau pelajar semasa proses pengajaran
                  dan pembelajaran.

               PUNGUTAN BAYARAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS (JIKA ADA)
               1.  Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit persatuan
               2.  Guru  penasihat  /  unit  hendaklah  sentiasa  menyemak  dan  mengesahkan  maklumat  kewangan  unit
                  berkenaan.
               3.  Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru dan tidak boleh disimpan oleh pelajar.





                                                             125
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185