Page 181 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 181
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
1. Semua guru dan murid diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah.
2. Perhimpunan rasmi sekolah di adakan pada setiap hari Ahad pada jam 7.20 pagi hingga 8.10 pagi di Dataran
Perhimpunan Tunku Abd. Rahman, SMKDHHY.
3. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
4. Guru bertugas mingguan pada minggu lepas hendaklah memberikan laporannya semasa perhimpunan.
5. Pengetua atau wakilnya yang ditetapkan akan menyampaikan ucapan/maklumat pada perhimpunan rasmi
tersebut.
6. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan mengikut ketetapan/makluman oleh Penolong Kanan Kokurikulum
berasaskan pada Surat Pekelling Ikhtisas (SPI) berkaitan. Perhimpunan ini dikendalikan oleh murid.
7. Semua guru diwajibkan hadir dan amat digalakkan memakai pakaian unit uniform masing-masing. Begitu
juga murid-murid dikehendaki memakai pakaian uniform atau T-Shirt Unit Kokurikulum mengikut ketetapan
oleh sekolah.
8. Bagi perhimpunan pagi pada hari Isnin hingga Rabu akan bermula pada jam 7.20 pagi, sementara pada hari
Khamis bermula jam 7.10 pagi dan pelajar mesti bergerak masuk ke kelas untuk P&P sebelum jam 7.30
pagi.
126

