Page 179 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 179

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017

               JADUAL GURU GANTI ( RELIEF )
               1.  Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua / wakilnya.
               2.  Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses P&P jika bertugas di kelas
                  yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran.
               3.  Sila tampalkan slip guru ganti di dalam buku rekod mengajar hari tersebut.
               4.  Jika  diarah  mengajar  di  sesuatu  kelas  bagi  menggantikan  guru  cuti  bersalin,  guru  berkenaan  hendaklah
                  mematuhi arahan tersebut. Proses P&P hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar.
               5.  Pelaksanaan  Melindungi  Masa  Instruktional  (MMI)  perlu  menjadi  keutamaan  semua  guru  demi  menjamin
                  kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

               PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU PELAJAR
               1.  Guru  hendaklah  merujuk,  membaca,  memahami  dan  melaksanakan  arahan  Kementerian  Pendidikan,
                  Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan dengan pencerapan P&P dan penyeliaan buku pelajar.
               2.  Pencerapan  dan  penyeliaan  dilaksanakan  oleh  Pengetua,  Penolong  Kanan,  Penolong  Kanan  HEM,  GPK
                  Kokurikulum, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia.
               3.  Pencerapan P&P akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
               4.  Penyeliaan buku latihan pelajar dibuat secara berjadual. Guru diminta menyerahkan buku pelajar pada masa
                  ditetapkan  di  bilik  mesyuarat  dengan  menyertakan    Borang  Penyerahan  Buku  Latihan  /Nota/Buku  Kerja
                  Pelajar.

               PENTAKSIRAN KURIKULUM  DAN PEPERIKSAAN
               1.  Pentaksiran  kurikulum  dan  peperiksaan  hendaklah  diadakan  mengikut  jadual  dan  jangka  masa  yang
                  ditetapkan.
               2.  Soalan  yang  telah  siap  dibahagikann  mengikut  kelas-kelas  hendaklah  dihantar  kepada  unit  peperiksaan
                  untuk disimpan selewat-lewatnya 2 hari sebelum ujian / peperiksaan.
               3.  Unit  peperiksaan  bertanggungjawab  mengagihkan  kertas  soalan  tersebut  kepada  guru  pada  hari
                  peperiksaan.
               4.  Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun format soalan dan masa hendaklah selaras dengan SPM
                  dan STPM sebenar.
               5.  Guru  subjek  hendaklah  memeriksa  dan  markah hendaklah  di`key-in`  dalam  komputer  Unit  Peperiksaan  /
                  secara online ke Unit Penilaian & Peperiksaan PPD mengikut tarikh yang ditetapkan.
               6.  Guru  tingkatan  hendaklah  memproses  dan  menganalisis  markah serta  keputusan dalam  rekod kemajuan
                  akademik murid. Seterusnya menyerahkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk ditandatangani.
               7.  Setiausaha    peperiksaan  hendak  menganalisis  keseluruhan  keputusan  ujian  dan  peperiksaan  dan
                  menyerahkan kepada Pengetua.
               8.  Post-mortem bagi peperiksaan pertengahan tahuan, akhir tahun atau percubaan  akan dijalankan.
               9.  Ketua panitia bertanggungjawab menyediakan laporan dan post-mortem bagi setiap mata pelajaran. Selain
                  Ketua Panitia,  guru-guru  mata  pelajaran   hendaklah  bersedia  membentangkan  laporan  dan   post-mortem
                  tersebut.

                SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI), / ARAHAN KPM
               1.  Guru  mesti  merujuk,  membaca,  memahami  dan  melaksanakan  arahan-arahan  pekeliling  Kementerian
                  Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.
               2.  Surat  arahan  /  salinannya  yang  diberikan kepada  guru  hendaklah  dibaca,  difahami  dan  diambil  tindakan
                  sewajarnya.Urusan  surat  menyurat  rasmi  sekolah  hendaklah  menggunakan  sistem  fail  surat  menyurat
                  sekolah.
               3.  Apabila  diarah  melaksanakan  sesuatu  tugas,  guru  hendaklah  melaksanakan sendiri  tugas  tersebut.  Guru
                  yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya.
               4.  Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan
                  dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua / wakilnya hendaklah diberitahu secara bertulis.
               5.  Guru  bertanggungjawab  melaksanakan  sendiri  tugas-tugas  yang  dipertanggungjawabkan  kepadanya  oleh
                  pengetua seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya.
               6.  Guru  bertanggungjawab  melaksanakan  tugas-tugas  yang  diamanahkan  oleh  pengetua  dengan  betul,
                  sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu.





                                                             124
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184