Page 20 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 20
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
Amanat Tahun Baharu Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana aspirasi Synergy in Action : Nurturing Future Leaders yang
telah menjadi denyut nadi warga pendidikan di daerah Kluang mula menghasilkan impak yang menakjubkan.
Beberapa kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang telah kita raih bersama pada tahun ini. Pencapaian
membanggakan melonjak ke tempat ketiga dalam UPSR 2016 berbanding tempat ketujuh pada tahun
sebelumnya merupakan bukti nyata hasil daripada penghayatan ini.
Kesediaan kita untuk membuka minda, hati dan perasaan untuk menghargai kepelbagaian dan
meraikan perbezaan telah meransang kita untuk bekerjasama dan berkolaborasi secara kreatif dan harmoni bagi
menghasilkan satu tindakan yang lebih berkesan. Penglibatan secara total dan komitmen tinggi semua warga
sekolah dan pihak berkepentingan secara kolaboratif dalam pelbagai aktiviti dan program yang dirancang telah
menghasilkan pelbagai kejayaan dan pencapaian untuk kita raikan bersama.
Sesungguhnya, keterlibatan dan kebersamaan melalui konsep sinergi ini merupakan pengalaman yang
sangat bermakkna dan berupaya mendorong kita untuk terus bergerak maju. Sehubungan itu, marilah kita terus
berusaha untuk membugarkan sinergi dalam diri dan organisasi kita. Hal ini kerana, semua entiti dan bahagian
dalam organisasi adalah saling berkait dan lengkap melengkapi. Oleh itu, perubahan dalam mana-mana
bahagian akan turut dirasai dan memberi kesan terhadap pengoperasian di bahagian lain. Marilah kita
budayakan amalan kerja secara sinergi di semua peringkat dan dalam semua aspek pengurusan dan
pengoperasian di sekolah.
Saya juga sangat berharap, semua warga pendidikan di daerah Kluang memahami, menghayati dan
merealisasikan Prinsip Kerja PPD yang telah dihebahkan sebelum ini bagi membolehkan semua pihak memberi
fokus yang sama secara sinergi. Akhir kata, Let’s synergize.
HAJI SHAHARUDIN BASRI BIN IBRAHIM
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
xx

