Page 16 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 16

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017

               Tinta Bicara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia




               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.


                       Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025  mengupayakan  pelaksanaan
               transformasi  sistem  pendidikan  kebangsaan  secara  menyeluruh.  Pelan  Pembangunan  ini  akan  terus
               menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merencanakan pendidikan seimbang
               sebagai asas mencapai aspirasi murid.

                       Terdapat  6  aspirasi  murid  yang  ditekankan  dalam  PPPM  iaitu  pengetahuan,  kemahiran  berfikir,
               kemahiran  memimpin,  kemahiran  dwibahasa,  etika  dan  kerohanian  dan  identiti  nasional.  Dalam  usaha
               melengkapi PPPM 2013-2025  ini Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan KSSM yang
               menggunakan jumlah jam dalam tahun persekolahan untuk pelaksanaan mulai tahun 2017.

                       KSSM untuk pelaksanaan mulai tahun 2017 telah memasukkan perkara baharu seperti penggunaan
               Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), peruntukan masa dalam jam dan Kemahiran

                       Perancangan  dan  pelaksanaan  yang  sistematik  dan  bersepadu  dapat  menjamin  kejayaan  dan
               keberkesanan  pelaksanaan  KSSM.  Pemantauan  dan  penilaian  secara  berterusan  menuntut  semua  pihak
               berkaitan  dalam  sektor  pendidikan  menggembleng  usaha  dan  peranan  bagi  mencapai  matlamat  yang
               dihasratkan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut memberikan sokongan dan
               kerjasama  sepenuhnya  bagi  memastikan  retorik  yang  terkandung  dalam  KSSM  mencapai  outcome  yang
               ditetapkan.


               Wassalam.



               YBHG. DATO’ SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
               KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA,
               KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
























                                                           xvi
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21