Page 17 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 17

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017

               FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

               Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
               menyeluruh  dan  bersepadu untuk  mewujudkan insan  yang  seimbang  dan  harmonis  dari  segi  intelek,  rohani,
               emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
               rakyat  Malaysia  yang  berilmu  pengetahuan,  berketrampilan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan
               berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri  serta  memberi  sumbangan  terhadap  keharmonian  keluarga  dan
               kemakmuran masyarakat dan Negara.




               LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


















               RASIONAL

                       Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf ‘I’ melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 ‘I’ ini adalah
               teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa
               manusia  pada  masa  hidupnya,  berada  pada  jalan  yang  lurus  sebagaimana  huruf  ‘I’  itu.  Kegunaan  huruf  ‘I’
               umpama  lurusnya  ‘Alif’  melambangkan  insan  dan  iman,  juga  membawa  pengertian  ILMU  kerana  Allah
               mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga
               diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun
               ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan
               sebagai satu kebenaran dan keyakinan.

                       Logo  ini  menggunakan  dua  ‘P’  dan  dua  ‘I’  melambangkan  dua  peringkat  pendidikan  iaitu  Sistem
               Sekolah  dan  Sistem  Pengajian  Tinggi.  Huruf  ‘P’  yang  bertingkat  ke  arah  ‘I’  melambangkan  tahap-tahap
               kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan bersifat
               global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisme dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan
               melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk
               insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

                                                                                            Reka bentuk oleh:
                                                                 Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
                                                                                    (Majlis Reka bentuk Malaysia)














                                                           xvii
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22