Page 10 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 10
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
PROFIL SMK DATO HAJI HASSAN YUNUS
Sejarah Sekolah
SMK Dato’ Haji Hassan Yunos, Rengam (JEE2042) terletak 21 KM dari bandar Kluang telah dibuka
pada tahun 1965 dengan nama asalnya Sekolah Lanjutan Rengam dengan menumpang di SR Jubli Intan, SR
Cina Chin Chiang dan SR Tamil, Rengam. Pada Awal tahun 1966, sekolah ini diberikan nama baharu iaitu
Sekolah Menengah Rendah Inggeris, Rengam . Pada bulan Mac 1966 namanya ditukar lagi menjadi Sekolah
Menengah Rendah Inggeris/ Kebangsaan Rengam. Pada 26 Mac 1969 dengan rasminya sekolah ini diberi nama
baru iaitu Sekolah Menengah Dato Haji Hassan Yunos, mengambil sempena nama Menteri Besar ketika itu.
Antara sekolah-sekolah rendah yang menjadi penyumbang pelajar-pelajarnya ‘feeder school’ kini ialah SK Jubli
Intan, SK Bandar Rengam, SK Seri Kg.Rengam, SJKC Chin Chiang, SJKC Sayong, SJKT Ladang Sembrong
dan SJKT Bukit Rengam, Rengam. Sementara bagi tingkatan enam pula selain lepasan SPM pelajar sekolah ini,
terdiri juga daripada pelajar lepasan SPM yang ditawarkan dari SMK Simpang Rengam, SMK Dato Abd.
Rahman Andak, SMK Layang-Layang dan SMK Dato Ibrahim Majid.
Dari segi infrastruktur, pada awal 1965 terdapat 3 blok bangunan yang menempatkan 17 bilik darjah, 1
makmal sains, 1 bengkel Seni Perusahaan, 1 bilik jahitan, 1 bilk masakan dan 2 buah rumah guru luar bandar.
Pada tahun 1971, satu bangunan tambahan yang menyediakan 6 bilik darjah dan 1 makmal sains telah didirikan.
Seterusnya, sebuah lagi bangunan yang mengandungi 7 bilik darjah, 1 perpustakaan dan 3 makmal sains telah
siap dibina pada tahun 1980. Menjelang 1985, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat yang terdiri daripada 12
bilik darjah dan 4 makmal sains telah dibina. Kini, sekolah ini telah terdiri daripada 8 buah blok yang dinamakan
mengikut abjad bermula dengan blok A yang merupakan blok pentadbiran sehinggalah blok H. Dua buah
bangunan baharu lagi yang telah disiapkan pada akhir tahun 2010 iaitu blok G dan H yang menempatkan
tingkatan 6.
Seterusnya, pelajar sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Pada tahun 2013,
komposisi terdiri daripada lebih kurang 60% pelajar Melayu, 22% pelajar Cina dan 18% pelajar India. Kehadiran
pelajar ke sekolah dianggap cemerlang dengan purata kehadiran melebihi 92%.
Sehingga kini, seramai tujuh orang pengetua telah menerajui sekolah ini, iaitu :
Bil. Nama Pengetua Tahun
1. En. Tan Cheng Hai 1969 - 1979
2. En. Yap Teong Hoon 1980 – 1985
3. En. S. Sigamoney 1986 – 1995
4. En. Lee Chang Ngee 1996 – 2001
5. Tn.Hj. Samani Bin Posan 2002 – 2005
6. Tn.Hj. Rozali Bin Jemali 2006 – 2010
7. En. Chin Sim Lai 2011 – Ogos 2014
8. Tn. Hj. Mohamed Yusope B. Hassan Nov 2014 – Ogos 2016
9. En. Abdul Razak B. Ibrahim Sept 2016 - Sekarang
NAMA SEKOLAH DAN KOD SEKOLAH
SMK DATO HAJI HASSAN YUNUS / JEE2042
ALAMAT SEKOLAH
SMK DATO HAJI HASSAN YUNUS,
JALAN SEKOLAH, 86300 RENGAM,
KLUANG, JOHOR
NO. TELEFON DAN NO. FAKS
07-7535264 / 07-7536407
EMAIL / FACEBOOK SEKOLAH
Jee2042@moe.edu.my / www.facebook.com/smkdhhy
x

