Page 17 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 17

Azaika SR

              dalam nada suara yang lemah.
                     “Apa puncanya?” tanya orang tua itu dengan penuh
              minat.
                     “Kuasa,” ucapnya pendek.
                     “Maksud, anak?”
                     “Saya  adalah  Pengerusi  Persatuan.  Ada  yang  nak
              menjatuhkan saya dalam pemilihan jawatan Pengerusi yang
              akan diadakan pada bulan depan.”
                     “Oh,   begitu!”  orang  tua  itu  sebaliknya
              mengangguk-anggukkan  kepala  apabila  mendengar
              penjelasan yang diberikannya. Angin tiba-tiba bertiup lemah.
              Pohon-pohon dan dedaunan cemara mengikut rentak tiupan
              angin. Daun-daun kering berguguran menimpa butiran pasir
              yang putih dan halus. Seolah-olah bersimpati dengan nasib
              yang menimpa dirinya.
                     “Saya akur, pak cik. Sekiranya ahli-ahli persatuan
              mahukan perubahan saya sedia berundur. Itu adalah hak
              mereka. Saya tak boleh memaksa mereka agar terus
              menyokong   saya.  Tapi  malangnya  pencabar  saya
              menggunakan cara yang tak sepatutnya untuk memenangi
              jawatan itu,” katanya lagi.
                     “Cara yang bagaimana anak maksudkan itu?”
                     “Memfitnah dan menuduh saya yang bukan-bukan.
              Menaburkan wang kepada ahli-ahli persatuan agar
              mengangkat dirinya sebagai Pengerusi.”
                     “Sungguh dahsyat. Boleh pak cik tahu siapa
              pencabar anak itu?” soal orang tua itu.
                     “Timbalan Pengerusi. Saya kecewa, pak cik. Saya
              dan dia sama-sama mengasas dan berjuang membangunkan
              persatuan. Dia pernah berjanji. Tidak akan mencabar saya




                                     16






 Teks Jalan Pulang.indd   16                                  05/05/2020   14:39:58
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22