Page 22 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 22

Jalan Pulang


              Puncanya ialah irihati dan tamakkan kuasa. Ada pembesar
              yang telah belot. Diumpan oleh musuh dengan wang emas.
              Rahsia  kekuatan  Kota  Warisan  lalu dibuka.  Raja  dan
              pengikut-pengikutnya yang setia  lalu melarikan diri.
              Tempatnya  tidak  diketahui.  Raja  dikatakan  menyamar  diri
              sebagai rakyat biasa kerana takut diburu.
                     Kota Warisan bukan sahaja peninggalan bersejarah.
              Lambang keunikan senibina dan tamadun bangsa Melayu.
              Pak Long gemar bercerita tentang Kota Warisan kepada anak
              dan cucunya. Tetapi mereka seperti tidak berminat untuk
              mendengarnya. Pak Long kecewa. Jawapan mereka itu adalah
              cerita lama. Sekarang adalah dunia moden.
                     Pak Long tak putus asa. Diceritakannya moyang
              mereka  adalah  hulubalang  Kota  Warisan.  Gagah  perkasa.
              Sangat setia kepada raja. Rela berkorban apa saja. Menurut
              cerita yang didengar oleh Pak Long dari datuknya.
                     Harapan Pak Long cuma satu. Bukan untuk berasa
              megah atau berbangga. Pak Long mahu mereka mencontohi
              moyang. Bukan setakat demi raja sahaja. Agama, bangsa dan
              negara. Dunia hari ini banyak cabaran. Silap-silap akan
              dijajah semula. Pak Long pernah merasainya. Azab dan
              sengsara.  Zaman  British  dan  Jepun.  Pak  Long  masih  lagi
              terbayang-bayang di ingatan. Walaupun usianya hampir
              meniti separuh abad.
                     Generasi merdeka hari ini harus mengambil iktibar.
              Sejarah adalah teladan. Pak Long tekan sedalam-dalamnya
              kepada anak dan cucu. Namun begitu jawapannya tetap
              sama. Zaman Pak Long sudah berlalu. Ini zaman mereka.
                     Pak Long tetap nekad. Walaupun keseorangan tetap
              akan  memastikan  Kota  Warisan  mendapat  pembelaan.  Pak
              Long merenung laut membiru dalam-dalam. Tenang. Sayup-




                                     21






 Teks Jalan Pulang.indd   21                                  05/05/2020   14:39:58
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27