Page 18 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 18

Jalan Pulang


              demi perpaduan parti. Saya menaruh penuh kepercayaan
              padanya …,” dia bersuara lemah. Suara angin tidak
              kedengaran seperti hilang ditelan alam. Hampa. Itulah yang
              membalut wajahnya.
                     “Anak tahu kenapa dia boleh berubah?”
                     “Entahlah, pak cik. Saya sendiri pun tak tahu. Saya
              sebenarnya sayangkan persatuan. Kalau saya gagal
              mempertahankan jawatan Pengerusi saya akan tetap setia
              dengan  persatuan.  Demi  membela  nasib  masyarakat  yang
              kurang berada agar dapat menikmati taraf hidup yang
              sempurna.  Itulah  matlamat  sebenar  saya  dan  dia
              menubuhkan persatuan.”
                     “Mungkin dia mengejar nama selain daripada
              kuasa. Apabila persatuan berjaya nama anak sebagai
              Pengerusi yang menjadi sebutan. Itu firasat pak cik saja,”
              tambah orang tua itu.
                     “Bagi saya kejayaan yang dikecapi bukan milik saya
              seorang.  Tetapi adalah milik semua  ahli persatuan. Tak
              tahulah saya kalau dia beranggapan begitu.”
                     “Anak ikhlas dan jujur dalam perjuangan
              persatuan,” ujar orang tua itu.
                     “Saya sebenarnya takut pada pujian, pak cik.
              Walaupun persatuan di bawah pimpinan saya telah mencipta
              kejayaan. Kerana bagi saya pujian itu silap-silap boleh
              memakan diri  sendiri  dan menganggap kita lebih  bagus
              daripada orang lain,” jawabnya.
                     “Ini adalah kenyataan yang  lahir daripada
              pengamatan pak cik terhadap anak dan bukannya paksaan.
              Anak bukannya berjuang untuk kepentingan diri sendiri.
              Tetapi semata-mata untuk persatuan. Bagi pak cik itu adalah
              sifat pemimpin yang sejati. Pak cik tahu. Anak dah banyak



                                     17






 Teks Jalan Pulang.indd   17                                  05/05/2020   14:39:58
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23