Page 21 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 21
Azaika SR
3. PAK LONG
OTA WARISAN. Keputusan telah
dibuat. Akan dirobohkan demi
Kpembangunan. Maka hilanglah
khazanah bersejarah yang tinggi nilainya. Tak mungkin dapat
dicari ganti peninggalan yang berusia ratusan tahun ini.
Pak Long sayang akan Kota Warisan. Lebih
daripada segala-galanya. Hiba dan sedih hati Pak Long. Bila
mendengar Kota Warisan akan dirobohkan. Kota Warisan
yang terletak berhampiran dengan pangkalan akan
digantikan dengan resort yang mampu menarik pelancong.
Berbanding dengan Kota Warisan. Hanya tinggal
tembok dengan susunan batu yang separuh daripadanya telah
runtuh akibat hakisan dan peredaran zaman. Pak Long masih
ingat lagi cerita arwah datuknya. Kota Warisan adalah
lambang pemerintahan beraja. Dilengkapi dengan istana,
kolah, perigi dan parit yang digali sedalam 2 kaki untuk
menghindari serangan musuh.
Di bahagian hadapan terdapat pintu gerbang.
Dikawal oleh hulubalang sepanjang masa. Manakala di
bahagian belakang pula adalah jalan menuju ke laut. Raja
yang bersemayam di Kota Warisan gemar berlayar.
Kota Warisan runtuh akibat perang saudara.
20
Teks Jalan Pulang.indd 20 05/05/2020 14:39:58

