Page 36 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 36
Jalan Pulang
hamba pergi ke mana sahaja. Hamba rela,” Puteri Bunga
merayu.
“Tak boleh, tuan puteri!” dia membantah sekeras-
kerasnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Tuan hamba …!” Puteri Bunga pantas mencelah.
Kekecewaan. Jelas terpancar di wajahnya yang ayu itu.
Serentak dengan itu juga bola matanya digenangi titis-titis
air jernih. Umpama hujan yang turun dari langit. Membasahi
bumi.
Alam tiba-tiba bertukar menjadi sepi. Seolah-olah
meratapi sebuah kematian. Suara angin dan desiran air
sungai mengalir berbunyi lemah. Tak bermaya untuk
meneruskan hidup. Dedaunan hijau berguguran di atas
tanah. Pepohonan meliuk-liuk ke kiri dan kanan dalam
rentak lemah-gemalai. Kicauan burung dan unggas tidak
kedengaran.
Cuaca yang tadinya cerah lalu bertukar menjadi
redup. Mendung hitam perlahan-lahan berarak di kaki langit.
Menutupi bola matahari. Seperti turut bersimpati dengan
Puteri Bunga. Rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan
sahaja.
“Tergamak, tuan hamba …. Melukakan hati hamba
….” Puteri Bunga menangis teresak-esak.
“Sekali lagi hamba minta maaf, tuan puteri. Tugas
hamba ialah untuk mempersembahkan tuan puteri kepada
raja. Bukannya berkasih dengan tuan puteri. Berkasih
dengan tuan puteri. Bererti hamba telah menderhaka,” jelas
Hulubalang Jiwa pula.
Puteri Bunga lalu tertunduk diam. Titis-titis air
matanya umpama kilauan mutiara di dasar lautan. Semakin
banyak berguguran membasahi pipinya yang lembut itu.
35
Teks Jalan Pulang.indd 35 05/05/2020 14:40:00

