Page 34 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 34
Jalan Pulang
selendang yang menutupi kepala. Hati mana yang tak
tertawan. Apakah ini dugaan? Bisik hati kecil hulubalang
Negeri Kembang Hayat itu.
“Tuan hamba. Maafkan hamba sekiranya bertanya.
Itu pun kalau tidak keberatan tuan hamba menjawabnya.”
Dia memulakan bicara. Lembut suaranya ditelan alunan
desiran angin yang bertiup lemah gemalai.
Hulubalang Jiwa sebaliknya tidak pantas menjawab
pertanyaan yang dilontarkan oleh Puteri Bunga itu.
Ditariknya nafas dalam-dalam.
“Silakan, tuan puteri. Walau seberat batu pun.
Hamba tidak akan hampakan,” dia bersuara tenang.
“Tuan hamba sudah punya kekasih hati?” soal
Puteri Bunga.
Hamba tak punya kekasih hati,” dia menjawab.
“Berkata benarlah wahai tuan hamba. Orang yang
tampan dan gagah seperti tuan hamba ini. Sentiasa mendapat
tempat di hati setiap dara seperti hamba,” dia mendesak.
“Namanya untuk berdusta. Tidak sekali-kali. Ada
dalam diri hamba, tuan puteri!” dia membalas sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
“Hamba tak percaya. Sebagai seorang teruna.
Takkan tuan hamba tak punya perasaan. Jatuh hati pada
seorang dara.” Ternyata dia masih lagi belum berpuashati.
Dengan jawapan yang diberikan oleh Hulubalang Jiwa itu.
Angin yang tadinya bertiup lembut tiba-tiba
bertukar rentak. Menjadi kencang dari arah pergunungan.
Kelihatan cantik mengusapi wajah Puteri Bunga.
“Cinta hamba hanya pada raja, agama, bangsa dan
negeri saja,” ujar Hulubalang Jiwa pula.
33
Teks Jalan Pulang.indd 33 05/05/2020 14:40:00

