Page 40 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 40
Jalan Pulang
Kita jumpa di sana nanti,” ujar Amri.
“Apa kata Abang Bidin?” Rashid bagaikan tidak
sabar-sabar lagi ingin mengetahui apa yang dibualkan Amri
dengan orang yang menaja perlumbaan malam ini.
“Dia dah aturkan semua untuk race malam ni.
Termasuk jalan untuk kita melarikan diri sekiranya dikejar
polis nanti. Hadiahnya sungguh lumayan,” terang Amri.
“Lumayan? Berapa?” Rashid sebaliknya bertanya
apabila tertarik mendengar kata-kata Amri itu.
“Ah. Dah menang nanti kau tahulah. Kau ni banyak
soal pulak. Oh ya! Baru aku teringat. Nora nama budak baru
tu. Dengan tiba-tiba sahaja Amri mengalih tajuk perbualan.
“Amri …! Amri …!” Rashid menggeleng-gelengkan
kepala sambil ketawa kecil.
“Eh, apa yang kau ketawa ni. Lucu sangat ke bila
aku sebut nama dia.” Amri berasa sangat hairan apabila
melihat gelagat yang ditunjukkan oleh Rashid itu apabila
menyebut nama Nora.
“Begini ajelah kawan. Aku tak nak cakap banyak.
Lebih baik kau berterus terang pada dia. Yang kau sukakan
dia. Habis cerita,” cadang Rashid.
“Apalah kau ni, Rashid? Tak habis-habis merepek.
Jangan-jangan kau yang suka kat dia tak?” Amri membantah.
“Dah aku suka kat dia pulak. Habis tu yang kau
asyik sebut nama dia apahal. Kan aku dah cakap. Itu
tandanya yang kau suka kat dia,” ingat Rashid.
“Habis? Sebut aje nama aku syok kat dia. Hei. Kan
aku dah cakap. Dia tu pakai tudung. Mana aku minat.
Citarasa aku pada gadis yang tak pakai tudung. Senang bawa
ke sana kemari. Kau sendiri pun selalu tengokkan gadis yang
39
Teks Jalan Pulang.indd 39 05/05/2020 14:40:00

