Page 39 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 39

Azaika SR


              aku,” dalih Amri pula.
                     “Habis tu. Kau asyik kata cantiklah lawalah. Bukan
              dah jatuh hati namanya, Amri. Terus terang ajelah,” desak
              Rashid.
                     “Sudahlah. Kau jangan nak merepek. Kelas pun dah
              nak mula. Mari kita pergi. Nanti membebel lagi Encik
              Zulkarnain. Lambat masuk kelas,” ajak Amri.
                     Selepas tamat kelas Amri dan Rashid tidak terus
              pulang ke rumah. Kedua sahabat baik itu sebaliknya rancak
              berbual-bual  di  tempat  letak  motosikal.  Tajuk  perbualan
              Amri dan Rashid lebih kepada perlumbaan malam ini.
                     “Malam ni pukul berapa, Amri?” soal Rashid.
                     “Macam biasalah. Kau ni buat-buat lupa pulak.
              Macamlah pertama kali  join race,” Amri menjawab dalam
              nada suara yang tidak senang dengan pertanyaan Rashid itu.
                     “Tempat pun macam biasa jugaklah,” celah Rashid
              pula.
                     “Yalah!” Amri mengangguk-anggukkan kepala.
                     “Siapa taja?” tanya Rashid lagi sambil mengangkat
              kepala tinggi sedikit memandang muka Amri.
                     “Siapa lagi kalau bukan Abang Bidin kita,” balas
              Amri.
                     Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti
              seketika. Kedengaran bunyi telefon bimbit Amri.
                     “Hah. Panjang pun umur. Abang Bidin,” kata Amri
              apabila melihat nombor orang yang menaja perlumbaan
              tertera di telefon bimbitnya.
                     Dia pantas menjawab panggilan itu.
                     “Hello, bang. Ya. Malam ni jadi. Apa? Lumayan. OK.




                                     38






 Teks Jalan Pulang.indd   38                                  05/05/2020   14:40:00
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44