Page 45 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 45
Azaika SR
sayang dari ayah dan ibu. Mereka sibuk dengan urusan
masing-masing. Saya tak dipedulikan. Saya bosan. Untuk
menghilangkan rasa bosan saya terlibat dengan lumba
haram. Bila menang hati saya benar-benar gembira,” terang
Amri pada Nora.
“Saya simpati dengan awak, Amri. Tapi jalan yang
awak pilih tu bukanlah jawapan penyelesaian pada masalah
yang awak hadapi. Tiada faedahnya melibatkan diri dengan
lumba haram malah membahayakan nyawa. Amri. Saya
merayu pada awak. Mulai hari ni tinggalkanlah lumba haram
sebelum terlambat,” nasihat Nora.
“Itu saya tahu, Nora. Tapi …,” dia tidak sempat
untuk menghabiskan kata-kata.
“Tapi apa? Saya tahu. Sukar bagi awak untuk
meninggalkan tabiat buruk itu, kan? Menang bukan sahaja
gembira. Hilang rasa bosan, dapat duit dan pasangan. Hari
ini awak menang dalam perlumbaan. Tapi esok lusa belum
tahu lagi. Mungkin awak akan ditangkap atau ditimpa
kecelakaan. Siapa tahu. Maafkan saya Amri kerana tak
sepatutnya saya cakap begitu pada awak. Tapi saya sebagai
kawan awak saya berhak untuk cakap begitu. Kalau awak nak
marah terpulanglah. Tapi fikirkanlah demi kebaikan awak,”
Nora menambah dengan panjang lebar.
Amri lantas tunduk dan mendiamkan diri. Barulah
dia tahu kini. Selama ini dia banyak menghabiskan usia
muda dengan perkara yang sia-sia.
“Banyak cara yang awak boleh lakukan untuk
menghilangkan rasa bosan. Dekatkanlah diri dengan Tuhan.
Setiap kali lepas solat mohonlah doa. Moga awak diberi
petunjuk dan kekuatan untuk keluar dari masalah yang
membelenggu awak selama ini. Insya-Allah. Tuhan tidak akan
44
Teks Jalan Pulang.indd 44 05/05/2020 14:40:01

