Page 44 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 44
Jalan Pulang
Rashid terlibat dengan lumba haram,” tekan Nora lagi.
“Sudahlah. Awak jangan percaya semua tu. Kita
cerita lainlah,” Amri mengelak.
“Awak ada masalah ke? Dari raut muka awak tu
saya dapat baca. Awak cuba menyembunyikan sesuatu
daripada saya, bukan?” ucap Nora pula.
Dia benar-benar terpukau dengan kata-kata yang
keluar daripada mulut Nora itu.
Nora tahu yang dia berbohong dengan mengatakan
tidak terlibat dengan lumba haram. Gejala tidak sihat yang
sering melanda di kalangan remaja pada hari ini.
“Berterus teranglah. Apa sebenarnya masalah awak
ni. Saya ni kan kawan awak. Manalah tahu kalau boleh saya
tolong ….” Nora mengeluarkan nada suara yang lembut.
Amri terus mendiamkan diri. Entah mengapa.
Gadis yang kini berada di depannya lain daripada gadis-gadis
yang pernah dikenalinya sebelum ini.
Nora memerhatikan sahaja gelagat Amri itu yang
sedang seperti memikirkan sesuatu. Dia kemudiannya lalu
menarik nafas yang panjang.
“Kalau awak tak nak cakap tak apalah. Setakat ni
ajelah kita berkawan …,” gertak Nora pula.
“Nanti dulu …. Nanti dulu, Nora …. Baiklah. Saya
akan beritahu awak. Apa sebenarnya masalah saya ….” Dia
akhirnya mengalah dengan desakan Nora itu sambil
mengeluarkan suara yang tersekat-sekat.
“Hah, macam tulah. Ceritakanlah. Saya nak
dengar,” Nora berkata dengan senang dan mengukir
senyuman manis.
“Sejak dari kecil saya tak pernah merasa kasih
43
Teks Jalan Pulang.indd 43 05/05/2020 14:40:01

