Page 68 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 68
Jalan Pulang
yang tenang.
Tercabar juga dia dengan kata-kata rakan
sekampung dan sekolahnya itu. Namun begitu dia tetap
bersabar. Dugaan Tuhan. Ada hikmahnya dan dia
berkeyakinan tinggi. Siswazah menganggur seperti dia boleh
menabur bakti kepada masyarakat.
Dengan langkah yang perlahan-lahan Munir
menuju ke jendela yang terbuka luas. Fikirannya dilontarkan
ke arah banjaran gunung yang subur menghijau.
Banyak tanah terbiar di kampung ini. Lebih baik
diusahakan. Berjaya atau tidak itu bukan soalnya. Tiba-tiba
dia teringat akan kata-kata pensyarahnya sewaktu di
universiti dahulu. Sesuatu yang dilakukan dalam hidup ini
adalah percubaan. Dia yakin dengan ungkapan itu.
Keesokan harinya dia pun ke rumah Tok Ketua.
Menyatakan hasrat murninya itu.
“Aku tak ada halangan, Munir. Memang baik
cadangan kau itu. Tapi siapa yang nak usahakannya? Orang-
orang kampung ni ramai yang dah tua. Takkan larat nak buat
kerja-kerja tu semua,” ucap Tok Ketua sebaliknya.
“Kan kita ramai anak-anak muda yang tak bekerja
seperti saya di kampung ni. Kita gunakan tenaga mereka,”
balas Munir.
“Betul. Soalnya mahu ke mereka mengusahakan
tanah terbiar tu. Setahu aku. Usia muda macam mereka tu
mana sanggup menebas dan mencangkul tengah panas,” ujar
Tok Ketua lagi.
“Itulah silapnya orang kita ni, tok. Macam mana
nak maju. Belum apa-apa lagi dah menyerah. Itu tak jangan
bimbang. Serahkan pada saya. Tahulah saya nanti macam
mana nak tarik mereka.” Munir memberi jaminan pada Tok
67
Teks Jalan Pulang.indd 67 05/05/2020 14:40:04

