Page 83 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 83

Azaika SR


                     “Saya tahu. Sebab Tuan Johan nak jodohkan kita
              berdua, kan?” Maimunah sebaliknya menjawab.
                     “Awak dengar sini ya. Kita tak akan kahwin. Biar
              saya berterus terang dengan awak. Bakal isteri saya bernama
              Sherin.  Anak  Datuk  Mohd Nor.  Saya dan  dia  dah  lama
              berkenalan  sewaktu  sama-sama  menuntut  di  luar  negeri
              dulu. Saya dan Sherin dah kenal hati budi masing-masing.
              Sedangkan  awak  baru saya kenal  bekerja  dengan syarikat
              ayah saya.  Dah  terus  nak  kahwin.  Jawapannya  minta  maaf
              dari saya!” ujar Azam pula dengan panjang lebar berserta rasa
              bongkak.
                     “Encik Azam. Ini adalah kehendak Tuan Johan
              sendiri. Bukan kehendak saya,” tambah Maimunah dengan
              tenang.
                     “Sudah. Saya tak mahu dengar itu semua. Ayah
              saya paksa macam mana sekalipun saya tetap tidak akan
              kahwin dengan awak. Faham!” Azam memberikan kata putus.
              Maimunah sebaliknya mendiamkan diri.
                     Pak Latip dan Mak Kiah rancak berbual-bual. Tiba-
              tiba kedengaran suara orang memberi salam dari bawah
              rumah. Pak Latip dan Mak Kiah lalu menjawab salam.
                     “Ada  orang datang. Cuba  awak  tengok siapa tu,”
              arah Pak Latip pada isterinya. Mak Kiah bingkas bangun
              menuju ke pintu.
                     “Kau rupanya, Johan. Jemputlah naik,” pelawa Mak
              Kiah.
                     “Apa khabar, kak?” tegur Johan.
                     “Baik. Kau seorang aje ke? Faridah tak ikut sekali?”
              soal Mak Kiah.
                     “Tak, kak!” Johan sebaliknya menjawab ringkas.




                                     82






 Teks Jalan Pulang.indd   82                                  05/05/2020   14:40:05
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88