Page 86 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 86
Jalan Pulang
Faridah ikut sekali,” potong Johan dengan pantas dan
panjang lebar sambil bingkas bangun.
“Yalah, bang. Azam pergi cepat siap. Tak lama lagi
kau akan bergelar suami. Sebagai ketua keluarga kau kenalah
menunjukkan teladan yang baik sebagaimana yang dituntut
oleh agama dalam membina sebuah keluarga yang bahagia,”
Faridah sebaliknya bersuara sambil memandang wajah Azam.
“Baiklah, mak!” Azam membalas sambil
mengangguk-anggukkan kepala tanda menurut sahaja apa
yang diarahkan oleh ayah dan ibunya itu.
“Hah, macam tulah. Sembahyang jemaah ni banyak
pahalanya daripada sembahyang sendirian. Rugi kalau kita
tidak lakukan seperti yang dituntut oleh agama,” ingat Johan
lagi.
Setelah siap semuanya Johan, Faridah dan Azam
pun pergi ke masjid untuk menunaikan solat Asar dengan
menaiki kereta mewah yang dipandu oleh Azam.
Restoran Nelayan yang menyediakan masakan
kampung menjadi pilihan makan tengah hari Azam dan
Sherin. Selepas menikmati hidangan yang penuh
menyelerakan mereka rancak berbual-bual.
“Apa? Ayah kau suruh kahwin dengan pekerja
syarikat. Azam. Kau jangan nak bergurau!” Sherin berasa
sungguh terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar
daripada mulut Azam itu.
“Sungguh, Sherin! Aku tak bergurau. Tak tentu
arah aku dibuatnya. Dia paksa aku kahwin jugak. Apa yang
diputuskannya tak boleh dibantah langsung. Kalau hitam
hitamlah kalau putih putihlah.” Azam melepaskan sepenuh
masalah yang dihadapinya pada Sherin.
“Jadi kau setujulah nak kahwin dengan gadis
85
Teks Jalan Pulang.indd 85 05/05/2020 14:40:06

