Page 85 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 85
Azaika SR
aturkan ini,” yakin Johan pula.
Azam dan ibunya kelihatan sedang rancak
berbincang mengenai perkahwinan dengan Maimunah ketika
Johan memasuki ruang tamu rumah mewah itu.
“Awal abang balik hari ni. Tak macam biasa. Abang
tak ke pejabat ke hari ni.” Faridah mengalih tajuk perbualan.
“Tak. Saya ke rumah Abang Latip dan Kak Kiah.
Bincangkan hal perkahwinan Azam dengan Maimunah,”
Johan menambah setelah duduk di atas kerusi sofa antik.
“Ayah …!” Azam tidak sempat untuk bercakap.
“Sudah, Azam! Apalagi yang kau nak. Segala
kemewahan hidup ayah dah beri. Takkan permintaan ayah
yang baik ini tak boleh kau tunaikan!” Johan pantas
memotong dalam nada suara yang tegas.
“Dah dia tak nak Maimunah sebagai isteri nak buat
macam mana. Mana boleh paksa-paksa dalam soal kahwin
ni,” celah Faridah pula.
“Awak jangan bercakap sedap mulut aje. Soal paksa
tidak timbul dalam perkahwinan yang saya aturkan ini. Tapi
yang penting bahagia. Ingat, Azam. Kaulah satu-satunya
pewaris syarikat ayah. Maimunah adalah pilihan tepat untuk
bersama dengan kau untuk menjaga syarikat demi anak cucu
ayah pada masa yang akan datang,” Johan mengingatkan
anaknya.
“Tapi, ayah. Kan saya dah cakap. Saya tak cintakan
…,” Azam terhenti.
“Cukup, Azam! Kan ayah dah cakap. Ayah tak akan
berpatah balik. Kau tetap akan berkahwin dengan Maimunah.
Kau jangan nak beri ayah malu. Sudah. Waktu asar dah pun
masuk. Siap cepat. Kita pergi berjemaah di masjid. Awak
84
Teks Jalan Pulang.indd 84 05/05/2020 14:40:06

