Page 88 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 88

Jalan Pulang



                 pujukan kekasihnya itu.
                        “Macam tulah. Apa kata lepas ni kita pergi
                 shopping,” cadang Sherin sambil  mengukir senyuman
                 apabila melihat wajah Azam kembali ceria.
                        “Aku ikut aje!” ucap Azam sambil pantas
                 mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan
                 cadangan Sherin itu.
                        “Jom kita pergi sekarang,” Sherin berkata.
                        Azam kemudiannya lalu memanggil pelayan untuk
                 mendapatkan bil bayaran makanan dan minuman yang
                 dipesan.
                        Pagi  itu  setibanya  di  pejabat  Zarina  setiausaha
                 syarikat memberitahu Azam ayahnya hendak berjumpa.
                 Tanpa berlengah lagi Azam menuju ke bilik ayahnya.
                        “Ada  apa,  ayah?”  tanya  Azam  sebaik-baik  sahaja
                 duduk di atas kerusi.
                        “Kau baca ni,” arah Johan sambil menghulurkan
                 suratkhabar kepada Azam.
                        “Apa? Anak seorang usahawan terkenal bergelar
                 Datuk ditangkap khalwat. Sherin!” Azam berasa sungguh
                 terperanjat apabila membaca berita panas yang tersiar dalam
                 suratkhabar hari ini.
                        Dia terus diam membisu. Baru dia mengerti kini.
                 Cintanya terhadap Sherin ibarat mencurah air di daun keladi
                 sahaja. Selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
                 Sherin hanya berpura-pura menyintai dirinya. Rasa kecewa
                 dan  luka  yang  pedih  seperti  ditikam  sembilu  tajam  pantas
                 menyelubungi perasaan. Namun begitu dia tetap bersyukur
                 kerana tidak menjadikan Sherin sebagai isteri.
                        Johan mengerti akan apa yang sedang bersarang di




                                     87






 Teks Jalan Pulang.indd   87                                  05/05/2020   14:40:06
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93