Page 142 - Teks Tanah Kebun
P. 142
BIODATA
Azaika SR atau Asrul Effendi bin
Kamaruzzaman dilahirkan pada 6 Disember 1970
di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Merupakan anak
kepada penyair tersohor Allahyarham
Dharmawijaya atau Kamaruzzaman bin Abdul
Kadir. Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan ST. Paul, Seremban (1977-1982) dan
Sekolah Menengah ST. Paul, Seremban (1983-
1987). Kemudian meneruskan pelajaran di
Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Seri
Ampangan, Seremban (1988-1989).
Memperolehi Ijazah Bahasa Melayu dan
Linguistik daripada Universiti Putra Malaysia pada
tahun 2006. Mula menceburi bidang penulisan
cerpen, sajak dan esei sejak berusia 16 tahun lagi.
Telah menghasilkan banyak puisi dan cerpen
sepanjang bergiat aktif dalam bidang penulisan
Teks Tanah Kebun.indd 142 03/06/2020 16:42:34

