Page 137 - Teks Tanah Kebun
P. 137
Tanah Kebun
“Dengan wang kita boleh membeli segala-
galanya termasuk pengaruh!” sambungnya dengan
rasa keyakinan jelas kelihatan di wajahnya.
Bahawa dengan menaburkan wang mahasiswa-
mahasiswa di universiti ini nanti akan terus
memilih dia sebagai pengerusi persatuan.
Dalam pada itu angkatan tentera laut dan
udara Negara Debunga Wangi. Amat sukar untuk
dikalahkan. Tambah pulak pegawai-pegawai
tentera laut dan udara Negara Naga Sakti tidak
bersatu dan tidak mempunyai semangat juang
yang tinggi. Panglima Bentara Betong sering
bertelagah dengan Panglima Bentara Dali dan
Panglima Bentara Gagang tentang strategi untuk
mengalahkan angkatan perang musuh. Masing-
masing mahu menunjukkan kehandalan dan
kehebatan sebagai seorang pegawai tentera.
Sehingga segala pandangan dan cadangan
yang dibentangkan dalam mesyuarat untuk
membincangkan strategi bagi menewaskan musuh
yang dipengerusikan oleh Dato’ Laksamana
Rentaka dengan sewenang-wenangnya ditolak oleh
ketiga-tiga panglima perang Negara Naga Sakti itu.
Mereka tidak lagi menghormati Dato’ Laksamana
Rentaka. Sebagai ketua angkatan perang negara
mereka. Dalam misi untuk merampas Pulau
Payung yang kaya dengan emas daripada tangan
Negara Debunga Wangi. Disebabkan masing-
masing sudah ada agenda yang tersendiri.
Akibatnya pegawai-pegawai dan anggota-
anggota tentera laut dan udara menjadi berpecah-
belah dan berpuak-puak. Ada yang menyokong
137
Teks Tanah Kebun.indd 137 03/06/2020 16:42:32

