Page 140 - Teks Tanah Kebun
P. 140

Azaika SR

                     Sekali lagi  dewan universiti  bergema
              dengan  suara sorakan dan tepukan  daripada
              mahasiswa-mahasiswa.  Sebagai tanda sokongan
              padu  terhadap  permulaan semangat perjuangan.
              Yang dibakar oleh Bujang.
                     “Sebagai permulaan kita selaku mahasiswa
              di  universiti  ini  yang bernaung atas  nama
              persatuan  harus bangkit dan bangun  membela
              nasib rakyat. Yang  menjadi mangsa  penindasan
              akibat  daripada peperangan. Kita  mesti  desak
              Dato’ Bendahara  Jaka  Rabung,  Ketua  Pemimpin-
              pemimpin  Tertinggi  negara kita  agar segera
              menghentikan    peperangan.   Dan   memberikan
              sepenuh  perhatian semula kepada  kemakmuran
              dan  kesejahteraan  rakyat. Jika dia gagal berbuat
              demikian maka persatuan  kita akan  berjuang
              habis-habisan seperti  di  medan perang. Bagi
              membela  nasib  rakyat  di  tanah air  yang tercinta
              ini!”  laung Bujang untuk terus menyalakan api
              semangat perjuangan  kepada  kawan-kawan. Yang
              belajar seuniversiti dengannya.
                     Bunyi tepukan  dan suara sorakan  kuat
              mahasiswa-mahasiswa         terus      bergema.
              Menyelubungi seluruh ruang dewan universiti itu.
              Ternyata apa yang diperjuangkan oleh Bujang itu
              demi  membela  nasib  rakyat  mendapat sokongan
              yang kuat. Daripada  kawan-kawannya melalui
              persatuan mahasiswa.
                     Suasana di Negara Naga Sakti lalu menjadi
              huru-hara  dan  kacau-bilau. Akibat daripada
              pemberontakan  yang  dilakukan  bersama oleh
              persatuan mahasiswa  yang diketuai  Bujang  dan



                                    140






 Teks Tanah Kebun.indd   140                                  03/06/2020   16:42:33
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145