Page 139 - Teks Tanah Kebun
P. 139
Tanah Kebun
menyandang jawatan utama. Yang setelah sekian
lama dipegangnya.
“Terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Tuhan.
Dan terima kasih di atas kesudian dan
kepercayaan rakan-rakan sekalian memilih saya
sebagai pengerusi persatuan mahasiswa yang
baru,” ucap Bujang di hadapan mahasiswa-
mahasiswa. Sebaik-baik sahaja diisytiharkan
sebagai penyandang baru jawatan pengerusi
persatuan.
“Berdirinya saya di sini adalah bersama
dengan janji. Untuk memastikan persatuan
mahasiswa di universiti ini bergerak dan hidup.
Sepertimana yang rakan-rakan sekalian
harapkan!” dia berkata dengan penuh semangat.
Kemudian lalu disambut dengan tepukan gemuruh
ribuan mahasiswa.
“Kita harus menumpukan perhatian
terhadap nasib malang yang menimpa rakyat di
negara ini. Akibat daripada peperangan dengan
Negara Debunga Wangi. Semata-mata kerana
gilakan dan tamakkan kekayaan emas di Pulau
Payung. Sedangkan sejarah telah nyata
membuktikan. Bahawa pulau itu adalah
kepunyaan Negara Debunga Wangi. Mengapa
negara kita harus membuang masa? Dengan
menjadi penyamun dan perompak. Mencuri dan
merampas hak wilayah dan kedaulatan Negara
Debunga Wangi. Sehingga rakyat menjadi mangsa
kepedihan dan kesengsaraan!” dia menambah lagi
dengan panjang lebar.
139
Teks Tanah Kebun.indd 139 03/06/2020 16:42:33

