Page 46 - Teks Tanah Kebun
P. 46

Azaika SR


              Eddy.
                     Dia  lalu  pergi  menemui kawannya itu.
              Mereka  berbual-bual sambil  Eddy mengangkat
              mukanya     menunjukkan     ke   arah   Marlisa.
              Kawannya    itu  memandang     Marlisa   dengan
              tersenyum dan mengangguk-anggukkan  kepala.
              Dia kemudiannya menepuk-nepuk bahu Eddy dan
              menunjukkan isyarat bagus.
                     Marlisa nampak terpinga-pinga. Tidak
              tahu butir perbualan Eddy dan kawannya itu.
                     Lamunannya yang jauh melayang sehingga
              ke  awangan itu  dengan tiba-tiba  sahaja  lantas
              terhenti. Sayup-sayup  kedengaran  suara ombak
              menghempas      pantai.   Buih-buih    memutih
              berapungan  di gigian membasuh  butiran pasir
              halus dan batu-batu kecil.
                     Marlisa  menghela nafas yang panjang.
              Tudung  berwarna merah yang melitupi kepalanya
              mengerbang sedikit  apabila  ditiup  bayu yang
              datang dari arah laut.  Seingat dia malam  itulah
              bermula detik kehancuran dalam hidup remajanya.
                     “Kau dari  mana ni,  Marlisa?  Dah  jauh
              malam baru balik. Apa nak jadi dengan  kau ni,
              hah?” tengking ayahnya. Dengan rasa marah jelas
              terpancar di wajahnya.
                     “Dari  rumah kawanlah. Belajar,”  dia
              menjawab.
                     “Kau jangan nak bohong,  Marlisa.  Tadi
              ayah dapat panggilan telefon  dari  cikgu  kau.  Dah
              seminggu kau tak datang ke sekolah. Kau pergi
              mana, hah?” herdik ayahnya lagi  dengan rasa




                                     46






 Teks Tanah Kebun.indd   46                                   03/06/2020   16:42:19
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51