Page 49 - Teks Tanah Kebun
P. 49

Tanah Kebun



                     “Itu kau tak usah risaulah. Dahlah. Kau
              masuklah ke bilik. Aku nak keluar sekejap,” ucap
              Eddy pula.
                     Cuaca kelihatan cerah menyinari  seluruh
              alam  semesta.  Suara ombak menghempas pantai
              tak putus-putus  kedengaran  membelah suasana.
              Marlisa  masih  lagi  menghempaskan segala  kisah
              silam yang pernah dialaminya pada laut biru.
                     “Macam  mana ni,  bang? Dah  seminggu
              Marlisa tak balik ke rumah. Saya risaulah, bang,”
              kata ibunya sambil menangis teresak-esak.
                     “Nak buat macam mana, Mah. Kita pun
              dah  laporkan  pada  polis. Kita tunggu  ajelah. Dah
              puas kita  cari  kat rumah kawan-kawan dia.  Tapi
              tak ada. Entah ke mana hilangnya,” ayahnya
              sebaliknya bersuara.
                     “Bang!  Marlisa  tulah satu-satunya anak
              kita bang!” ingat ibunya pada ayahnya sambil tak
              henti-henti menangis.
                     “Ya! Itu abang tahu!” angguk  ayahnya
              pula.
                     “Tapi dia sendiri yang pilih nak keluar dari
              rumah ni. Mentang-mentang  dah  besar tak boleh
              ditegur,” ayahnya mencelah.
                     Perbualan    ayah   dan   ibunya   lantas
              terhenti. Kedengaran bunyi telefon bimbit ayahnya.
                     “Hello!  Waalaikumsalam.     Ya,   cikgu.
              Setakat ni belum dapat apa berita, cikgu. Apa?
              Saya faham, cikgu. Tindakan itu memang terpaksa
              diambil.  Yalah, cikgu. Waalaikumsalam!”  ayahnya
              menjawab panggilan itu.



                                     49






 Teks Tanah Kebun.indd   49                                   03/06/2020   16:42:20
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54