Page 44 - Teks Tanah Kebun
P. 44

Azaika SR


              kena kat kau tentu kau pun rasa bosan,” ujar
              Marlisa.
                     “Sudahlah tu.  Kau releks  saja.  Tak usah
              pening-pening kepala.  Fikirkan  semua  tu,”  Eddy
              bersuara.
                     “Releks kata kau? Hei, tak kena pada kau
              bolehlah kau cakap. Cuba kalau kena pada kau.
              Tahulah …!” rengus Marlisa.
                     “Yalah! Releks!  SPM lambat lagi.  Dah.
              Malam ni kau ikut aku. Sekurang-kurangnya
              hilang masalah kau,” pujuk Eddy pula.
                     “Ke mana?” Marlisa menyoal.
                     “Kau  ikut ajelah nanti. Tak usah  banyak
              tanya!” Eddy mencelah.
                     Sesungguhnya Tuhan menciptakan hidup
              ini untuk manusia adalah satu perjalanan yang
              jauh.  Hakikatnya bermula  dari  kelahiran dan
              berakhir dengan kematian. Penuh dengan pelbagai
              ujian dan dugaan  yang perlu ditempuhi. Sambil
              memeluk tubuh erat Marlisa menarik nafas yang
              panjang  dan melemparkan pandangan  sedalam-
              dalamnya ke arah laut biru.
                     “Tempat  apa  ni,  Eddy? Ramainya orang.
              Motosikal pun banyak,” Marlisa berkata.
                     “Inilah  tempat  untuk kita  enjoy,”  Eddy
              menambah.
                     “Tempat macam ni?”  Marlisa  berasa
              sungguh terperanjat  apabila  mendengar kata-kata
              Eddy itu.
                     “Yalah!”     dia    membalas       sambil




                                     44






 Teks Tanah Kebun.indd   44                                   03/06/2020   16:42:19
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49