Page 50 - Teks Tanah Kebun
P. 50

Azaika SR


                     “Kenapa, bang?” ibunya pantas menyoal.
                     Ayahnya    tidak  menjawab    pertanyaan
              ibunya itu.  Dia  sebaliknya hanya menggeleng-
              gelengkan kepala.
                     “Cikgu  Marlisa  telefon.  Dia  kena buang
              sekolah. Sebab dah lama tak datang,” jelas
              ayahnya pula.
                     Kisah silam  yang pernah melanda dirinya
              sukar untuk  dilupakan. Semakin jelas dan kuat
              menyelubungi ingatannya. Walaupun telah  lama
              berlalu  pergi.  Entah mengapa! Dengan tiba-tiba
              sahaja segala noda dan dosa yang pernah terpalit
              di dirinya selama ini seolah-olah tercermin di atas
              permukaan laut biru.
                     “Malam  ni  ada pertaruhan besar,”  kata
              Eddy.
                     “Pertaruhan besar?” ucap Marlisa pula.
                     “Ya! Malam ni kau ikut balik mamat yang
              menang. Besok pagi aku ambil kau balik. Faham?”
              Eddy  bersuara sambil mendongakkan  kepala
              memandang wajah Marlisa.
                     “Eddy …. Aku …,” dia terhenti.
                     “Kenapa dengan kau ni, hah? Kan aku dah
              kata. Buat apa yang aku suruh!” arah Eddy
              dengan mengeluarkan suara yang berbunyi keras.
                     “Tapi, Eddy  kau  buat aku  macam
              perempuan murahan. Tiap-tiap  malam  lepas
              perlumbaan kau serahkan  aku pada mamat yang
              menang. Kadang-kadang  kau bawa balik kawan-
              kawan. Berseronok dengan aku. Duit  kau dapat.




                                     50






 Teks Tanah Kebun.indd   50                                   03/06/2020   16:42:20
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55