Page 83 - Teks Tanah Kebun
P. 83
Tanah Kebun
kata-kata yang keluar daripada mulut kawan
serumahnya itu. Benar. Apa yang dicakapkan oleh
Shukri itu. Dia harus pulang menemui ayahnya.
Mala mini jugak. Sebelum terlambat untuk
memohon ampun dan maaf. Di atas kesalahan
yang telah dilakukannya. Terhadap ayahnya
selama ini.
“Aku nak bersiap sekarang!” Azam bingkas
bangun sambil mengesat air mata.
“Hah, eloklah tu!” Dengan cepat Shukri
mencelah dan mengangguk-anggukkan kepala.
“Moga kau selamat sampai ke kampung
dan dapat berjumpa dengan ayah kau,” tambah
Shukri lagi.
“Terima kasih, Shukri!” angguk Azam pula
sebaliknya.
Sepanjang perjalanan ke kampung rasa
rindu terhadap ayahnya semakin bertiup kencang
bagai angin. Tak sabar-sabar rasanya dia hendak
memeluk ayahnya yang sudah lama tidak
ditemuinya.
Serentak dengan itu juga dia teringatkan
arwah Pak Harun. Orang tua yang dihantarnya ke
hospital. Akibat ditimpa kemalangan.
“Terima kasihlah kerana anak bawa Pak
Harun ke hospital. Kalau tak, tak tahulah apa
yang akan terjadi pada Pak Harun. Siapa nama
anak ni …?” dia bertanya dalam bunyi nada suara
yang lemah. Disebabkan kesakitan yang
dialaminya. Ditambah pula dia banyak kehilangan
darah.
83
Teks Tanah Kebun.indd 83 03/06/2020 16:42:25

