Page 85 - Teks Tanah Kebun
P. 85

Tanah Kebun



                 Menghadapi  kesakitan yang  ditanggung  akibat
                 dilanggar lari.
                        Dia  ditemui  oleh  Azam dalam  keadaan
                 pengsan di tepi jalan. Lalu Azam membawanya ke
                 hospital.
                        Lama juga dia tidak sedarkan diri. Akibat
                 daripada  cedera parah  yang dialaminya. Mungkin
                 kerana dirinya yang sudah terlalu  tua dan uzur.
                 Menyebabkan dia jadi begitu.
                        “Entahlah …. Pak Harun tak tahu di mana
                 dia berada sekarang …. Dia  lari  dari rumah ….”
                 Suaranya lemah  dan terputus-putus. Bersama
                 nafas yang tercungap-cungap.
                        “Kenapa?” Dia berasa sungguh terperanjat.
                 Mendengar penjelasan daripada orang tua itu.
                        “Kerana mengikut teman lelakinya. Ibunya
                 jatuh sakit kerana rindukan dia. Ayah dan ibu
                 mana yang tak sayangkan anak …,”  luahnya
                 perlahan pada Azam.
                        Demikianlah    kata-kata  terakhir  yang
                 didengarinya daripada arwah Pak Harun. Sebelum
                 dia  menutup  mata.  Pergi  buat selama-lamanya
                 meninggalkan dunia yang fana ini.
                        Kisah arwah  Pak Harun  benar-benar
                 menerbitkan rasa  keinsafan di  hatinya.  Dia  tidak
                 mahu nasib malang yang menimpa arwah Pak
                 Harun terjadi pada ayahnya.
                        Haji  Dollah  dan isterinya  rancak berbual-
                 bual di  ruang  tamu  rumah.  Kedengaran suara
                 orang memberi  salam.  Perbualan mereka lalu
                 terhenti.



                                     85






 Teks Tanah Kebun.indd   85                                   03/06/2020   16:42:25
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90