Page 49 - KARANGAN
P. 49
ESEI 3 : PERANAN IBU BAPA DALAM MENENTUKAN PILIHAN KERJAYA ANAK
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan kerjaya anak-anak.
Beri pendapat anda.
"Anak umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya".Pepatah ini
menjelaskan bahawa ibu bapa berperanan untuk menentukan kejayaan anak dan
membentuk akhlak anak.Namun begitu,dalam menurus arus globalisasi ini,ibu bapa telah
mula mengejar materialistik dan menjadi mata duitan.Mereka telah mengabaikan tugas
mereka sebagai ibu bapa.Kebajikan anak diabaikan dan anak terpaksa membuat pilihan
sendiri untuk masa depan mereka.Sebenarnya,ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
dalam pilihan kerjaya anak-anak supaya masa depan adalah cerah dan bukan
kusam.Justeru,ibu bapa harus memainkan peranan mereka.
Ibu bapalah orang pertama yang kita mengenali.Umumnya,anak-anak lebih rapat dengan
ibu bapa mereka dan lebih cenderung mengikut nasihat anak-anak.Anak-anak juga
meluangkan masa yang paling banyak di rumah mereka.Anak-anak juga akan meluahkan
perasaan mereka dan minat mereka kepada mereka.Keadaan ini menyebabkan ibu bapa
lebih mudah mengenal pasti minat anak-anak dan menunjukkan kerjaya dan jalan terbaik
untuk anak-anak.
Ibu bapa perlu meluangkan masa yang dianggap sebagai emas dengan anak-anak
mereka.Mereka perlu berbincang tentang minat dan cita-cita anak.Ibu bapa juga perlu
memberi kata-kata semangat dan motivasi seperti "genggam bara api biar sampai jadi
arang" dan "di mana ada kemahuan,di situ ada jalan".Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi
keyakinan kepada anak-anak.Kata cendekiawan,"Jika seseorang dilahirkan untuk gagal,dia
tidak akan keluar daripada buaiannya untuk melihat dunia ini,justeru ibu bapa mesti mestilah
berusaha memberi keyakinan kepada anak".
Selain ibu bapa,pihak sekolah juga berperanan dalam penentukan kerjaya anak-anak
murid mereka.Pihak perlu memberi pendedahan awal tentang alam pekerjaan sejak di
bangku sekolah.Pihak sekolah boleh mengadakan "Minggu Kerjaya" dan memaparkan
sebuah kerjaya yang terdapat di negara kita.Pelajar dapat mengenali pekerjaan yang ingin
mereka menceburi dan dapat membuat keputusan seterusnya kerana pepatah Melayu ada
menyebut "tak kenal maka tak cinta".Oleh yang demikian,jelaslah bahawa peranan pihak
sekolah dan guru-guru juga signifikan dalam pemilihan kerja anak.
Anak-anak juga tidak harus hanya membuta tuli mendengar dan mengikut kata-kata ibu
bapa dan rakan tanpa berkifir sendiri bagai kerbau dicucuk hidung .Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap individu akan mempunyai minat dan cita-cita masing-masing tetapi
kadangkala cita-cita itu tidak akan disukai oleh ibu bapa dan anak terpaksa memilih kerjaya
tidak diminati oleh mereka.Anak-anak juga tidak harus mengikut kawan-kawan mereka
kerana peribahasa ada mengatakan "dengar cakap enggang makan buah beluluk,dengar
cakap orang terjun masuk lubuk".Namun,kadangkala pemilihan kerjaya berdasarkan hawa
nafsu akan menghancurkan masa depan mereka.
Kesimpulannya,pemilihan kerjaya sangat penting kerana masa depan kita ditentukan oleh
49 | P a g e

