Page 13 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 13

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016

                       Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan
               kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk  mengikuti PAV. PAV akan diajar di

               peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1  hingga 3. Murid PAV akan mendapat
               pelaporan deskriptif Pendidikan Asas Vokasional yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
               KPM, berserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2 yang dikeluarkan  oleh

               Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam tempoh
               3 tahun tersebut. Murid yang tamat PAV ini diharapkan mendapat sekurang-kurangnya SKM

               Tahap 1. Murid yang tidak berjaya memperolehi SKM, mereka akan diberikan persijilan modular
               Penyata Pencapaian (PC) oleh JPK. SKM merupakan persijilan kemahiran tunggal dikeluarkan
               oleh KSM yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia. Kurikulum

               SKM dibangunkan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National
               Occupational Skill Standard – NOSS) yang ditabdir agensi KSM.



                       Berikut adalah pelaporan dan persijilan murid PAV yang akan dianugerahkan kepada
               murid yang berjaya:



                                                                    PELAPORAN          PERSIJILAN
                       TINGKATAN              KOMPONEN
                                                                   DESKRITIF LP          SKM JPK

                                        Jati Diri & Teknologi
                       TINGKATAN        Vokasional                        ×                 ×
                             1
                                        Kemahiran Vokasional              ×                 ×


                                        Jati Diri & Teknologi
                       TINGKATAN        Vokasional                        ×                 ×
                             2
                                        Kemahiran Vokasional              ×                  √


                                        Jati Diri & Teknologi             √
                       TINGKATAN        Vokasional                                          ×
                             3
                                        Kemahiran Vokasional              ×                  √



                       Bagi kursus-kursus yang tidak menawarkan SKM Tahap 1 di Tingkatan 2, murid PAV

               berkenaan akan mengambil SKM Tahap 2 sepanjang tahun berada di Tingkatan 2 hingga 3.









                                                              1
                                                              3
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18