Page 18 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 18
Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
November 2016
Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis, kreatif
dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam pekerjaan.
Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional, Kemahiran Vokasional
serta Kemahiran Keusahawanan.
Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran
berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam
kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patrotisme serta
membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid.
Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains,
matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada Kemahiran Vokasional Asas dan
Spesifik bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang
vokasional.
Melalui Kemahiran Keusahawanan, penekanan diberikan kepada pembentukan sikap dan
nilai keusahawan yang diterapkan ke dalam diri murid melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.
4.1.1. Komponen Jati Diri
Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi, Patriotisme dan Sahsiah.
Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah Bahasa Malaysia Komunikasi dan English for
Communication, dimensi patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah manakala dimensi
sahsiah dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja Kokurikulum yang meliputi aktiviti sukan,
pasukan beruniform, kelab dan persatuan.
4.1.2. Komponen Teknologi Vokasional
Teknologi Vokasional menggabungkan tiga disiplin pengajian iaitu sains, matematik dan
teknologi maklumat dan komunikasi yang mana standard kandungannya digubal mengikut
kesesuaian murid PAV iaitu ke arah keperluan pendidikan kemahiran vokasional. Matlamat
Teknologi Vokasional adalah untuk mengembangkan potensi murid agar boleh berfikir secara
logik, kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran kemahiran vokasional.
4.1.3. Komponen Kemahiran Vokasional
Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi Kemahiran Vokasional Asas
dan Spesifik. Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan pra-vokasional yang ditawarkan
di Tingkatan 1 sahaja. Pra-Vokasional meliputi enam bidang kemahiran dalam bidang
17

