Page 9 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 9
Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
November 2016
PRAKATA
Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ini disediakan bagi
membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelaksanaan
kurikulum PAV di pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan mana-mana pihak berkepentingan dengan pendidikan teknikal dan vokasional.
Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan kurikulum
PAV. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran PAV serta peranan pihak
agensi pusat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah
dan masyarakat. Buku ini juga diharap dapat membantu KPM membuat penambahbaikan
sepanjang pelaksanaan PAV disemua peringkat terutama pelaksana.
Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang
pelaksanaan PAV berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat KPM. Pengguna
dokumen ini adalah dinasihatkan sentiasa mengemaskini maklumat dari sumber yang tepat bagi
mengelakkan kekeliruan.
9

