Page 14 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 14

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016
               2. MATLAMAT PAV
                       Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi
               modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang

               lebih tinggi.


               3. OBJEKTIF PAV

                       Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat
               rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca. Manakala objektif khusus

               PAV adalah seperti berikut:

                   3.1 Menjadi aliran pendidikan pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid

                       berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar ‘hands-on’ yang berterusan.
                   3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan
                       kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan dan

                       industri.
                   3.3 Menanam    kemahiran    yang   menjadi   asas   kepada   pembentukan     sahsiah   dan
                       pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan

                       pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.
                   3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis,
                       kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.

                   3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.



                       Hasrat PAV ialah mengekalkan murid di dalam sistem persekolahan di negara ini
               melalui pendidikan bercorak vokasional. KPM  percaya bahawa semua murid mempunyai
               potensi yang perlu digilap dan  setiap dari mereka  mesti diberi peluang menunjukkan

               kebolehan masing-masing. Tahap keyakinan diri murid PAV juga perlu ditingkatkan dengan
               memberi mereka lebih banyak peluang bertutur serta berkomunikasi dan mengembangkan

               bakat yang mereka miliki.



















                                                              1
                                                              4
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19