Page 20 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 20

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016

                   4.2. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 1
                       Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus komponen kemahiran vokasional

               dan 55 peratus komponen berasaskan akademik (Jati Diri dan Teknologi Vokasional), manakala
               di Tingkatan 2 dan 3, komponen Kemahiran Vokasional adalah sebanyak 67 peratus dan 33
               peratus bagi komponen berasaskan akademik. Jadual 3 menunjukkan senarai modul  dalam

               komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional beserta peruntukan jam setahun Tingkatan
               1.

                 BIL    KOMPONEN            DIMENSI                 MODUL                 JAM SETAHUN

                                                          Bahasa Malaysia                       100

                                         Komunikasi       Komunikasi
                                                          English For Communication             100

                                         Patriotisme      Sejarah                               80
                                                          Pendidikan Islam /
                                                          Pendidikan Moral                      80
                   1   Jati Diri
                                                          Pendidikan Jasmani dan                60
                                                          Pendidikan Kesihatan
                                         Sahsiah
                                                                                          Mengikut Masa
                                                                                         Kokurikulum dan
                                                          Kokurikulum dan Sukan           Sukan ATAU 70
                                                                                                jam
                       Teknologi                          Teknologi Vokasional
                   2   Vokasional        Teknologi        (Matematik, Sains dan TMK)            80
                       Kemahiran
                   3   Vokasional       Rujuk Jadual 4 dan Jadual 5
                       Kemahiran
                   4   Keusahawanan      Keusahawanan     Merentas kurikulum



                         Jadual 3: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional


                       Komponen Kemahiran Pra-Vokasional dilaksanakan melalui modul umum dan modul

               elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Kej. Elektrik, Kej. Awam,
               Kej. Mekanikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Teknologi Maklumat & Komunikasi

               disediakan sebagai modul ‘Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap
               semua kursus kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran.









                                                             19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25