Page 21 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 21

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016

                       Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap modul umum dilaksanakan
               dalam masa 50 jam. Ini bermakna, pada 6 bulan pertama persekolahan, murid akan mengikuti

               satu persatu modul umum (300 jam). Modul Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul
               pertama diajar kerana matlamat dan kandungan modul ini adalah untuk memberi kemahiran
               mengurus diri kepada murid sebagai asas dan motivasi bagi mengikuti pembelajaran seterusnya.



                       Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari

               oleh murid PAV sepanjang enam bulan pertama berada di Tingkatan 1.




                          BIL.          MODUL UMUM               BILANGAN JAM            MASA


                         1.       Pengurusan Diri                       50               Januari

                         2.       Asas Multimedia                       50              Februari

                         3.       Kerja Asas Pembinaan                  50                Mac

                         4.       Asas Mekanikal                        50                April


                         5.       Aplikasi Litar Elektrik               50                 Mei

                         6.       Asas Pertanian                        50                 Jun

                                 JUMLAH                                 300



                                     Jadual 4: Modul Umum Pra-Vokasional Tingkatan 1



                       Seterusnya, murid akan mengikuti modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-
               masing. Sebuah sekolah hanya menawarkan satu Modul Elektif Pra Vokasional sahaja. Modul
               Elektif Pra Vokasional ini diajar sebanyak 140 jam mulai bulan Julai hingga Disember iaitu

               selepas kompeten kesemua enam Modul Umum Pra Vokasional dipelajari.

















                                                             20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26