Page 24 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 24
Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
November 2016
4.4. Persijilan Kemahiran Malaysia
4.4.1. Penawaran Kursus
KPM menyediakan 12 kursus kemahiran vokasional di sekolah yang menawarkan PAV.
Namun begitu, setiap sekolah PAV hanya menawarkan satu kursus sahaja diperingkat
SKM Tahap 1 hingga Tahap 2. Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3 yang
ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan kepada Bengkel MPV sedia ada di
tunjukkan seperti Jadual 7.
4.4.2. SKM Tahap 1 dan 2
Murid PAV perlu mempelajari semua modul SKM Tahap 1 semasa berada di Tingkatan
2 dan semua modul Tahap 2 di Tingkatan 3. Bagi SKM yang bermula dengan Tahap 2,
murid perlu mempelajari semua modul SKM Tahap 2 semasa berada di Tingkatan 2 dan
3. Sekiranya murid PAV tidak berjaya menamatkan modul SKM Tahap 1 semasa berada
di Tingkatan 2, murid dibenarkan meneruskan SKM Tahap 1 di Tingkatan 3. JPK
mensyaratkan, murid perlu menyelesaikan semua modul Tahap 1 sebelum dibenarkan
meneruskan ke persijilan Tahap 2.
23

