Page 29 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 29

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016
                       adalah sebaliknya. Ini bermaksud, semua bengkel MPV sedia ada perlu dibekalkan lebih
                       50% peralatan baru dan bangunan tambahan bagi memenuhi keperluan kurikulum PAV
                       kerana kurikulum PAV dibangunkan berasaskan kompetensi NOSS.



                   Format Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
                       Kurikulum PAV menggunakan format DSK (sebelum ini dikenali Huraian Sukatan

                   Pelajaran – HSP). DSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran
                   (SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Definisi SK, SP dan KP adalah seperti berikut:

                   STANDARD KANDUNGAN                       STANDARD                  KRITERIA PENCAPAIAN
                                                         PEMBELAJARAN

                  Standard Kandungan               Standard Pembelajaran ialah      Kriteria pencapaian adalah
                  merupakan penyataan spesifik     satu penetapan kriteria atau     kenyataan yang
                  tentang perkara yang murid       indikator kualiti pembelajaran   mengkhususkan apa yang
                  patut ketahui dan boleh          dan pencapaian yangboleh         perlu ditaksir dan tahap
                  lakukan dalam suatu tempoh       diukur bagi setiap standard      pencapaian yang diperlukan.
                  persekolahan merangkumi          kandungan. Standard              Kriteria Pencapaian perlu
                  aspek pengetahuan, kemahiran     Pembelajaran perlu               ditulis dengan
                  dan nilai. Standard              mengandungi Pencapaian           mengandungi Pencapaian,
                  Kandungan perlu                  dan Syarat.                      Syarat dan Piawai.
                  mengandungi kompetensi
                  standard industri.

                  Pencapaian pula bermaksud        Secara khusus, pencapaian        Manakala pencapaian,
                  penyataan ringkas mengenai       dan syarat (performance and      syarat dan piawai
                  pencapaian (performance)         condition) bermaksud sub-        (performance, condition and
                  yang diperlukan dalam unit.      kompetensi yang lengkap          standard) merupakan
                  Setiap unit kompetensi adalah    dipelajari danunit-unit kecil    pelengkap kepada sub-
                  unik, selari dan sejajar dengan  yang terkandung dalam            kompetensi yang mesti
                  mata pelajaran atau pakej        sesuatu modul.                   merujuk kepada standard
                  latihan dan tidak melebihi 100                                    yang bersesuaian dengan
                  aksara                           Elemen mesti berbentuk           keperluan Standard
                                                   perlakuan yang boleh diukur      Pembelajaran dan Standard
                                                   dan dicerap. Standard            Kandungan.
                                                   Pembelajaran juga merupakan
                                                   set sub-kompetensi yang perlu    Kriteria Pencapaian juga
                                                   dipelajari oleh murid bagi       merupakan set sub-
                                                   mencapai Standard                kompetensi minima yang
                                                   Kandungan.                       perlu dicapai oleh murid bagi
                                                                                    mencapai Standard
                                                                                    Pembelajaran dan Standard
                                                                                    Kandungan.



                       Perincian dan maklumat lanjut berkaitan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran

                   dan Kriteria Pencapaian boleh merujuk kepada format DSK sebenar. Secara amnya, Kriteria
                   Pencapaian penting dilaksanakan oleh murid bagi membuktikan bahawa mereka telah

                                                             26
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34